soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Home Public Publication Malaysian Journal of Co-operative Studies Vol 10 (2014) Modus Operandi Penambahbaikan Instrumen EPSI dan Status Penilaian Koperasi Kredit di Malaysia, Terciptanya Instrumen EPSI Versi 2013

Mustapa Kamal Maulut
Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

Mohd Sahandri Gani Hamzah
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Jumlah koperasi berdaftar di Malaysia adalah melebihi 10,087 buah dengan jumlah keanggotaan melebihi 7 juta orang dan mereka adalah layak untuk mendapat faedah pembiayaan peribadi dari koperasi kredit. Tetapi koperasi kredit sentiasa menghadapi berbagai-bagai rintangan dari polisi dalaman Suruhanjaya Koperasi Malaysia mahupun halangan luaran. Tujuan kajian ini untuk menggariskan satu prosedur penambahbaikan instrumen EPSI untuk mengukur status koperasi kredit di Malaysia. Penambahbaikan Instrumen Entrepreneurs Perception of Success Inventory” (EPSI ) yang diperkenalkan oleh Paige (1999) dijalankan secara sistematik yang melibatkan lima pakar membuat validasi dan item-item asal diperastukan tanpa pertindihan elemen penilaian mengikut atribut secara jitu.s dan indeks kesahan mencapai kriteria standard. Langkah berikutnya dipiawaikan dengan keputusan analisis faktor yang menetapkan enam atribut yang mencatat nilai kebolehpercayan Cronbach Alra antara 0.65 hingga 0.91. Hasil daripada analisis faktor yang dijalankan ke atas 190 responden menunjukkan faktor yang dihasilkan adalah sama dengan dimensi rekabentuk yang ditetapkan dan memenuhi semua syarat yang dibincangkan oleh Hair et al (1998).

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?