soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Info Korporat Profil Latar Belakang IKMa

Sejarah

Latar Belakang IKM

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.

Ketika ditubuhkan pada tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan IKMa keseluruhannya.

Pada tahun 1968, IKMa telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (Pindaan 2019) [Akta A1589] berkuatkuasa pada 5 Mei 2019 bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus IKMa supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi menyokong pembangunan gerakan koperasi.

IKMa pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Mulai tahun 2009, IKMa telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan kini IKMa telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

Alamat

Institut Koperasi Malaysia (Kampus Induk)
103 Jalan Templer
46700, Petaling Jaya, Selangor
Malaysia

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Tel: 603-79649000 / Faks: 603-79570434

Kampus IKMa

Kampus induk IKMa terletak di Petaling Jaya dan berhampiran dengan ibukota Kuala Lumpur, kampus ini mudah dihubungi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan seperti bas, LRT dan teksi. Ini memudahkan masyarakat secara umum dan gerakan koperasi khususnya untuk ke sini.

Kawasan IKMa yang dihiasi seni taman yang menarik pula mewujudkan persekitaran yang tenang dan damai. Ciri-ciri yang sebegini menjadikan IKMa tempat pilihan untuk mengadakan perjumpaan, mesyuarat, kursus, seminar, bengkel dan sebagainya.

Pada bulan Jun 1997 IKMa telah membuka cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan telah menawarkan perkhidmatan di Kuching, Sarawak pada September 1998. IKMa membuka Zon Timur di Pahang pada tahun 2009, Zon Utara di Kedah pada tahun 2010, dan Zon Selatan di Johor juga pada tahun 2010 untuk membolehkan program latihan dan pendidikan koperasi dapat diikuti dengan lebih mudah di seluruh negara.

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?