Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu

Pengenalan

Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak telah ditubuhkan pada 01 September 1998 khusus untuk gerakan koperasi di Sarawak. Pada masa itu, IKMa Zon Sarawak terletak di Bangunan Tabung Haji, Jalan Satok Kuching. Ekoran daripada peningkatan bilangan kursus yang dijalankan, pada tahun 2021, IKMa Zon Sarawak telah berpindah dan menyewa pejabat baru yang lebih selesa iaitu di bangunan Amfinance, Jalan Haji Taha, Kuching dan seterusnya pada bulan Oktober 2006, IKMa Zon Sarawak sekali lagi berpindah dan menyewa Bangunan Rugayah di Jalan Song Thian Cheok, Kuching. Kemudahan yang ada masih tidak dapat menampung keperluan koperator yang datang berkursus di IKMa Zon Sarawak.

Pada 1 Jun 2018 IKMa Zon Sarawak telah berpindah ke bangunan baru iaitu Wisma Sego, jalan Sultan Tengah, Petra Jaya Kuching. Perpindahan kali ini memberi lebih keselesaan kepada koperator yang datang berkursus di IKMa Zon Sarawak. Namun disebabkan permintaan pasaran ke atas bangunan ini sangat tinggi, pemilik bangunan memutuskan untuk menjual bangunan tersebut.

Pada 18 Mei 2022, sekali lagi IKMa Zon Sarawak berpindah ke bangunan baru iaitu di ICOM Square, Jalan Pending, Kuching. Kedudukan IKMa yang terletak di kawasan bandar sangat strategik kerana berdekatan dengan kemudahan yang menjadi pelengkap kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh IKMa. Perpindahan ini juga memberi keselesaan kepada semua pelanggan IKMa. Kemudahan seperti Bilik Kuliah yang luas, Makmal Komputer yang lengkap, perpustakaan yang mempunyai bahan rujukan koperasi yang banyak, dewan serbaguna, ruang makan yang selesa serta tempat meletak kenderaan yang mencukupi. IKMa Zon Sarawak bukan sahaja menawarkan ilmu yang boleh dimanfaatkan malah juga menawarkan ruang pembelajaran yang kondusif.

Untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan IKMa sampai kepada golongan sasar, pada 01 Januari 2023, IKMa telah menubuhkan cawangan baru di bahagian Utara Sarawak yang dikenali sebagai IKMa Zon Sarawak Cawangan Miri, bertempat di Times Square Miri.

Carta Organisasi

Carta Organisasi IKMa Zon Sarawak

Fungsi

  • Menyediakan dan melaksanakan latihan dan pendidikan koperasi
  • Menerbit dan mencetak bahan berkaitan koperasi
  • Menjalankan penyelidikan dalam konteks koperasi
  • Melaksanakan khidmat nasihat perundingan koperasi

Kemudahan

Kemudahan-Kemudahan di IKMa Zon Sarawak

Bilik Kuliah Gading dan Bilik Kuliah Santubong

IKMa Sarawak dilengkapkan dengan dua buah bilik kuliah yang diberi nama Bilik Kuliah Gading dan Bilik Kuliah Santubong. Bilik Kuliah Gading di Tingkat M dan Bilik Kuliah Santubong terletak di Tingkat 10.

Bilik kuliah yang luas dan selesa serta dilengkapi dengan alat bantu mengajar moden untuk memudahkan pembelajaran seperti komputer, LCD, skrin projektor, papan putih, kemudahan WiFi untuk capaian internet dan lain-lain. Semua bilik kuliah berhawa dingin dan dilengkapi dengan audio sistem.

Bilik kuliah Gading ini boleh memuatkan lebih kurang 45 orang manakala Bilik Kuliah Santubong pula boleh memuatkan 60 Orang peserta pada satu masa. Pihak luar boleh menyewa kemudahan Kemudahan Bilik kuliah dan Mesyuarat sekiranya tiada pertindihan dengan program serta kursus “in-house” IKMa Zon Sarawak dengan kadar seperti jadual dibawah:

Kadar Sewaan Kemudahan IKMa Zon Sarawak: 

 KEMUDAHAN

KAPASITI

SEWAAN KOMPUTER (SEHARI)

SEWAAN LCD PROJEKTOR (SEHARI)

KADAR SEWA BILIK (SEHARI)
KOPERASI / KERAJAAN SWASTA
BILIK KOMPUTER SERAPI  26 ORANG  RM30.00/ KOMPUTER  PERCUMA  RM350.00 RM450.00
BILIK KULIAH SANTUBONG 60 ORANG - RM150.00 / UNIT RM350.00 RM450.00
BILIK KULIAH GADING 42 ORANG - RM150.00 / UNIT RM300.00 RM400.00
BILIK MESYUARAT APAD RUNAN 30 ORANG - RM150.00 / UNIT RM300.00 RM400.00
RUANG MAKAN MULU 80 ORANG - - RM250.00 RM350.00
 KEMUDAHAN LAIN
KOMPUTER RIBA RM200.00 1 UNIT
MESIN CETAK (PRINT KERTAS) RM0.30 1 SALINAN
PENGHAWA DINGIN DAN ELEKTRIK RM50.00 SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
** PENAMBAHAN KERUSI DAN MEJA AKAN DIKENAKAN CAJ TAMBAHAN SEBANYAK RM5.00/ UNIT.

 

Bilik Serapi / Makmal Komputer

Bilik Serapi Makmal Komputer
 

Bilik Serapi atau Makmal komputer yang berhawa dingin yang dilengkapi dengan 27 buah komputer sistem multimedia, berkuasa Core i5 2.8ghz, 4gb Ram , windows 7 & 10, DVD-Writer dan speaker beserta kemudahan Internet untuk kegunaan peserta yang menghadiri kursus komputer. Selain untuk kegunaan semasa kursus, kemudahan ini juga boleh disewa oleh pihak luar dengan kadar yang berpatutan seperti yang di nyatakan di dalam jadual di atas.

 

Bilik Kuliah Gading 

    Bilik Kuliah Gading

 

Bilik Kuliah Santubong

 Bilik Kuliah Santubong

 

 

Ruang Makan Mulu

Ruang Makan Mulu

Selain daripada itu terdapat kemudahan Ruang Makan Mulu bagi kemudahan makan minum peserta semasa berkursus di IKMa Zon Sarawak.

 

Perpustakaan Sejinjang

 Perpustakaan Sejinjang

IKMa Zon Sarawak juga menyediakan sebuah Perpustakaan Mini yang dilengkapi dengan pelbagai koleksi buku seperti buku perniagaan, pengurusan, perakaunan, motivasi, teknologi maklumat, keagamaan dan buku yang berkaitan dengan koperasi. Selain itu perpustakaan ini juga dilengkapi dengan koleksi hasil penyelidikan koperasi yang boleh dijadikan bahan rujukan kepada orang ramai. Selain daripada bahan rujukan ilmiah, perpustaan mini ini juga mempunyai koleksi bahan bacaan fiksyen untuk bacaan umum. Kemudahan ini bukan sahaja untuk kegunaan kakitangan IKMa Zon Sarawak, malah ia juga dibuka untuk kegunaan para peserta kursus semasa tempoh berkursus di IKMa Zon Sarawak. Perpustakaan ini dikawal-selia oleh Pembantu Tadbir bagi tujuan rekod pinjaman dan pemulangan buku-buku.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak
P.O BOX 00241 Tingkat 9, Aeon Tower, ICOM Square,
Jalan Pending, 93450
Kuching, SARAWAK
 
Telefon : 082-552408
               082-331407
               082-552405
 
 Fax     :  082-364906

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook Rasmi Zon Sarawak
Peta Lokasi