soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Info Korporat Maklumat Bahagian Bahagian Bahagian Keusahawanan & Perniagaan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Pengenalan

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menawarkan Kursus Jangka Pendek, Bicara Ilmu, Bicara Profesional serta seminar yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan isu- isu semasa dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Selain itu, Pusat ICT juga melaksanakan bimbingan bersasar kepada koperasi melalui Program Co-operative Digitalisation dan Empowerment (CODE) serta pembelajaran secara dalam talian (e- Learning).

Fungsi

  1. Mengendalikan Kursus Jangka Pendek, Bicara Ilmu, Bicara Profesional serta seminar yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan isu-isu semasa dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  2. Membangunkan modul dan program berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk koperasi.
  3. Membimbing koperasi dalam pendigitalan koperasi melalui Program Co-operative Digitalisation dan Empowerment (CODE).
  4. Memberi khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta bidang lain yang berkaitan kepada koperasi serta agensi yang memerlukan.
  5. Mengendalikan program e-learning.
  6. Membimbing dan sebagai pemudah cara kepada koperasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  7. Menjalankan penyelidikan dan penulisan koperasi berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  8. Melaksanakan kolaborasi dengan industri dan agensi-agensi berkaitan dalam pemantapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) koperasi.
  9. Mempromosi program berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) anjuran IKMa.

Program Latihan

Antara kursus jangka pendek yang ditawarkan adalah:

  1. Pengurusan Digitalisasi Koperasi
  2. Analitik Data
  3. Perniagaan Online
  4. Pemasaran Platform Digital
  5. Aplikasi komputer (Microsoft Office)
  6. Penggunaan Internet dan Pengurusan Maklumat Online
  7. Kursus-kursus mengikut permintaan koperasi yang dijalankan secara in-house.
  8. Kursus-kursus secara e-learning

Kursus yang dijalankan adalah berbentuk 'hands on' supaya peserta terus dapat mempratikkan apa yang telah dipelajari. Latihan teknikal dan bimbingan ini akan membolehkan peserta mendapat kemahiran dan pengetahuan dalam digitalisasi dan seterusnya mengadaptasikan digitalisasi di koperasi seiring dengan perkembangan teknologi terkini supaya dapat menyumbang kepada kemajuan pembangunan koperasi dan negara.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Institut Koperasi Malaysia
103, Jalan Templer
46700 Petaling Jaya
Selangor

 03-7964 9000    03-7954 3957
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook Rasmi Pusat Teknologi Maklumat IKMa
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?