soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
selamat-datang
buku-latihan
mas-kop
sijil-eksekutif
banner-ukkm
raya
SELAMATDATANG-min.jpeg
buku latihan.jpg
BANNER PORTAL maskop 2024 (2).jpg
sijil eksekutif (1).jpg
UKKM (1).jpg
raya.jpeg
previous arrow
next arrow
  • KURSUS WAJIB
    Kursus ini sangat penting untuk membolehkan Lembaga memahami konsep koperasi serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan. Berikut adalah senarai Kursus Wajib iaitu :
  • KHIDMAT NASIHAT
    Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan pendidikan secara tidak formal yang diterapkan oleh IKMa kepada koperasi dan koperator.
    Oleh itu, pihak Pusat Konsultasi Koperasi menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut :
    :: Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
    :: Perakaunan dan Kewangan Koperasi
    :: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
    :: Perniagaan Koperasi (Rancangan Perniagaan)
    :: Perancangan Strategik
  • PENYELIDIKAN
    Aktiviti penyelidikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan berasaskan pengetahuan yang ditawarkan dan menjalankan
    penyelidikan mengenai isu semasa yang relevan kepada gerakan koperasi di Malaysia.

    Pembudayaan penyelidikan secara lebih meluas penting bagi membawa inovasi serta mempertingkatkan kualiti pendidikan
    dan latihan yang diberikan oleh MKM serta mengeratkan hubungan di antara MKM dengan warga koperasi.

    Penyelidikan yang dijalankan ini adalah bagi memantapkan usaha MKM dalam menyediakan tenaga pakar
    dan para ilmuwan dalam pelbagai bidang berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi di Malaysia.

     
  • PROGRAM MTCP
    Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)

    MTCP memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia melalui penyediaan latihan dalam pelbagai bidang
    yang penting bagi pembangunan sesebuah negara seperti pentadbiran awam, tadbir urus yang baik, perkhidmatan kesihatan,
    pendidikan , pembangunan yang berterusan, pertanian, pembasmian kemiskinan, promosi pelaburan, ICT dan perbankan.

     
  • MiRiCLe
    Million Ringgit Coop League (MiRiCLe)

    Merupakan salah satu inisiatif Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dalam membantu koperasi kluster kecil dan sederhana
    yang berpotensi membangun dengan lebih terancang melalui tawaran nilai sebagai rakan solusi strategik koperasi.

     
  • program

    PROGRAM AKAN DATANG

    Institut Koperasi Malaysia (IKMa) menawarkan pelbagai jenis kursus,latihan
    serta bimbingan terbuka kepada Ahli Lembaga Koperasi, Koperator, usahawan koperasi serta individu yang berminat.

MasKop

Daftar Kursus & Tempah Fasiliti

Daftar Kursus & Tempah Fasiliti

Projek MITS membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Koperasi Malaysia dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimakan oleh pelbagai pihak.

Dalam masa yang sama, projek ini juga menawarkan kemudahan carian dan permohonan kursus yang ditawarkan oleh Institut Koperasi Malaysia di seluruh Malaysia. Tidak lagi terhad kepada penjawat awam, MITS kini dibuka kepada orang ramai untuk menikmati fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Koperasi Malaysia.

e-Perpustakaan

e-Perpustakaan

Membolehkan pengguna perpustakaan mencari dan mengakses koleksi katalog ILMU dari mana-mana komputer peribadi (PC) yang bersambung web bila sahaja mereka menggunakan pelayar web.Pengguna boleh juga membuat tempahan barangan yang telah dipinjam oleh orang lain, melihat keratan multimedia dan melihat dokumen yang dicetak dan emel serta pautan imej pada sebarang rekod bibliografi, dengan memanfaatkan teknologi pelayar yang terkini untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Web OPAC dipautkan kepada Amazon.com untuk memuat naik kulit buku dan ulasan pengarang bagi rekod bibliografi yang dimuat turun.

CARA MEMOHON

  1. PERMOHONAN SECARA MANUAL

    Semua permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan borang permohonan kursus yang disediakan oleh IKMa. Bagi anggota atau kakitangan koperasi dan badan swasta yang berminat, borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar terus ke kampus di mana kursus dijalankan.Untuk kakitangan jabatan dan agensi-agensi kerajaan, setiap permohonan mestilah melalui jabatan atau agensi masing-masing.

    Muat Turun Borang Permohonan

  2. PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN

    Pemohonan secara dalam talian boleh dilakukan melalui Sistem Maklumat Pengurusan Latihan (MITS)

    Pautan ini boleh dilayari menggunakan smartphone tidak kira platform IOS atau Android.

    1. Pengguna IOS & Pengguna boleh download aplikasi di Apple Store - Sila klik link ini

    2. Pengguna Android : Pengguna boleh download aplikasi di Google Play Store -Sila klik link ini

    Mohon kursus secara Online(Portal Pengguna)

YURAN PENGAJIAN

 

Kadar yuran pendaftaran / pengajian.

Maklumat kadar yuran pendaftaran/pengajian adalah seperti di Lampiran.

BIL PROGRAM KADAR BAYARAN
   KOPERATOR/ ORGANISASI YANG MENYELIA KOPERASI BUKAN ANGGOTA KOPERASI
1. KURSUS WAJIB ASAS RM 50 RM 100
2.

KURSUS WAJIB PLUS (PROGRAM LANJUTAN TADBIR URUS LEMBAGA KOPERASI)

RM 50 RM 100
3.

KURSUS KEUSAHAWANAN KOPERASI

RM 60 – RM 2,000 RM 120 – RM 4,000
4.

PENGURUSAN & PENTADBIRAN KOPERASI 

RM 50 – RM 2,000

RM 100 – RM 4,000
5.

ANJURAN BERSAMA

RM 50 – RM 2,000

RM 100 – RM 2,000
6.

PROGRAM IN-HOUSE

TERMASUK DALAM PAKEJ

TERMASUK DALAM PAKEJ

7.

PROGRAM SIJIL

RM 500 – RM 1,000

RM 1,000 – RM 2,000

8.

BICARA ILMU

RM 50 – RM 500

RM 100 – RM 1,000

9.

PROMOSI

PERCUMA

PERCUMA

10.

SEMINAR

RM 50 – RM 1,000

RM 100 – RM 2,000

;11.

KONVENSYEN

RM 150 – RM 1,500

RM 300 – RM 3,000

12.

GRADUAN KE KOPERASI (G2K)

PERCUMA

PERCUMA

13.

KARNIVAL

RM 150 – RM 1,500

RM 300 – RM 3,000

14.

PROGRAM BIMBINGAN KOPERASI BERSASAR

RM 100

TIDAK BERKAITAN

15.

KOPERASI BIMBINGAN

RM 50

TIDAK BERKAITAN

16.

PROGRAM ANTARABANGSA

i) Ordinary Programme

RM 200 – RM 50 RM 250 – RM 550

ii) Certified Programme

(Professional Programme)

RM 1,000 – RM 5,000 RM 1,500 – RM 5,500
17.

KURSUS WAJIB (DALAM TALIAN) – e Learning

RM 50

RM 50

18.

PROGRAM / KURSUS DALAM TALIAN (DALAM

NEGARA)

RM 20

RM 50

19.

PROGRAM / KURSUS DALAM TALIAN (LUAR NEGARA)

USD25 (min)

USD50 (min)
20.

PROGRAM / KURSUS BERSEMUKA (PESERTA LUAR NEGARA) – Webinar Percuma

USD50 (min)

USD100 (min)

 

TAMBAHAN YURAN

BIL PERKARA KADAR BAYARAN
   KOPERATOR / ORGANISASI YANG MENYELIA KOPERASI BUKAN ANGGOTA KOPERASI
1. PENGINAPAN JENIS A
(Ibu Pejabat, IKMa)
RM 100 RM 115
PENGINAPAN JENIS B
(Ibu Pejabat, IKMa)

RM 65

RM 75

2.

AKSESORI / PERKAKASAN KOMPUTER

RM 20

RM 50

  • Kemudahan penginapan diutamakan kepada peserta yang tinggal melebihi 40 kilometer dari tempat kediaman ke tempat program (Tertakluk untuk program yang dilaksanakan di Ibu Pejabat IKMa sahaja).
  • Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

 

MAKANAN

Kadar bayaran makanan:

Koperasi / JabAgensi yang menyelia Koperasi Jabatan / Kerajaan Swasta / Individu
Percuma RM30 / sehari RM30 / sehari
Percuma RM30 / sehari RM30 / sehari

 

PENGINAPAN

Kadar bayaran penginapan:

Jenis Koperasi / JabAgensi yang menyelia Koperasi Jabatan / Kerajaan Swasta / Individu
A Percuma RM30 / sehari RM30 / sehari
B Percuma RM30 / sehari RM30 / sehari

Kemudahan penginapan diutamakan kepada peserta yang tinggal melebihi 40 kilometer dari tempat kediaman ke tempat kursus.

Yuran penyertaan dan penginapan luar kampus tertakluk kepada jenis program/ kursus.

PEMBAYARAN KURSUS

Yuran pendaftaran/ yuran pengajian boleh dibayar kepada IKMa melalui kaedah berikut:

  1. Bayaran dimasukkan terus ke Akaun Penerimaan Kecil IKMa, CIMB Bank Berhad, No. Akaun 8002289488 dan kemukakan slip/penyata bank sebagai bukti pembayaran.
  2. Membuat pembayaran secara dalam talian (online) melalui CIMB Clicks No. Akaun 8002289488
  3. Cek berpalang atas nama: Akaun Penerimaan Kecil IKMa.
  4. Bayaran secara pesanan kerajaan /jabatan (L/O).

*Bayaran secara tunai tidak digalakkan dan perlu dijelaskan sebelum hadir kursus.

Pengenalan

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) ditubuhkan atas dasar untuk memberi pendidikan, maklumat dan latihan kepada koperasi dan koperator secara formal dan tidak formal. Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan pendidikan secara tidak formal yang diterapkan oleh IKMa kepada koperasi dan koperator.

Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat juga merupakan cara terbaik untuk turun ke akar umbi koperasi bagi menyelami masalah yang dialami oleh koperasi dan dapat menerapkan eleman setempat untuk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Garis Panduan, Aturan dan lain-lain peraturan.

Pendekatan Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat ialah membantu koperasi ke arah penambahbaikan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran dengan kaedah yang bersesuaian dengan koperasi dalam keadaan semasa. Selain itu, Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan salah satu fungsi yang telah ditetapkan dalam Akta IKMa dan perlu diketengahkan selaras dengan perkembangan dan perubahan gerakan koperasi masa kini.

Bidang Yang Ditawarkan

Berdasarkan kepada perkembangan gerakan koperasi semasa berasaskan kepada fungsi koperasi maka didapati terdapat kepelbagaian aktiviti koperasi seperti kredit dan perbankan, pertanian, pembangunan harta tanah, pelancongan, pengangkutan, kesihatan, peruncitan dan sebagainya.

Dalam melaksanakan perniagaan koperasi mengikut aktiviti di atas, mungkin pihak koperasi menghadapi halangan dan masalah untuk merealisasikan objektif setiap aktiviti tersebut. Oleh itu pihak Pusat Konsultasi Koperasi menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut:

  • Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
  • Perakaunan dan  Kewangan Koperasi
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Perniagaan Koperasi (Rancangan Perniagaan)
  • Perancangan Strategik

Carta Alir Permohonan

carta alir permohonan

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut: -

PUSAT PENYELIDIKAN & KONSULTASI
Institut Koperasi Malaysia
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya

 03-7964 9000    03-7954 3957 
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?
OPEN

Forum Ecom