soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
selamat-datang
buku-latihan
mas-kop
sijil-eksekutif
banner-ukkm
icc
PORTAL HARI KOPERASI
SELAMATDATANG-min.jpeg
buku latihan.jpg
BANNER PORTAL maskop 2024 (2).jpg
sijil eksekutif (1).jpg
UKKM (1).jpg
icc.jpg
CNY (1).jpg
map maskop (2).jpg
PORTALHARIKOPERASI.jpeg
previous arrow
next arrow
  • KURSUS WAJIB
    Kursus ini sangat penting untuk membolehkan Lembaga memahami konsep koperasi serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan. Berikut adalah senarai Kursus Wajib iaitu :
  • KHIDMAT NASIHAT
    Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan pendidikan secara tidak formal yang diterapkan oleh IKMa kepada koperasi dan koperator.
    Oleh itu, pihak Pusat Konsultasi Koperasi menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut :
    :: Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
    :: Perakaunan dan Kewangan Koperasi
    :: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
    :: Perniagaan Koperasi (Rancangan Perniagaan)
    :: Perancangan Strategik
  • PENYELIDIKAN
    Aktiviti penyelidikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan berasaskan pengetahuan yang ditawarkan dan menjalankan
    penyelidikan mengenai isu semasa yang relevan kepada gerakan koperasi di Malaysia.

    Pembudayaan penyelidikan secara lebih meluas penting bagi membawa inovasi serta mempertingkatkan kualiti pendidikan
    dan latihan yang diberikan oleh MKM serta mengeratkan hubungan di antara MKM dengan warga koperasi.

    Penyelidikan yang dijalankan ini adalah bagi memantapkan usaha MKM dalam menyediakan tenaga pakar
    dan para ilmuwan dalam pelbagai bidang berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi di Malaysia.

     
  • PROGRAM MTCP
    Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)

    MTCP memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia melalui penyediaan latihan dalam pelbagai bidang
    yang penting bagi pembangunan sesebuah negara seperti pentadbiran awam, tadbir urus yang baik, perkhidmatan kesihatan,
    pendidikan , pembangunan yang berterusan, pertanian, pembasmian kemiskinan, promosi pelaburan, ICT dan perbankan.

     
  • MiRiCLe
    Million Ringgit Coop League (MiRiCLe)

    Merupakan salah satu inisiatif Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dalam membantu koperasi kluster kecil dan sederhana
    yang berpotensi membangun dengan lebih terancang melalui tawaran nilai sebagai rakan solusi strategik koperasi.

     
  • program

    PROGRAM AKAN DATANG

    Institut Koperasi Malaysia (IKMa) menawarkan pelbagai jenis kursus,latihan
    serta bimbingan terbuka kepada Ahli Lembaga Koperasi, Koperator, usahawan koperasi serta individu yang berminat.

Pengenalan

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) ditubuhkan atas dasar untuk memberi pendidikan, maklumat dan latihan kepada koperasi dan koperator secara formal dan tidak formal. Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan pendidikan secara tidak formal yang diterapkan oleh IKMa kepada koperasi dan koperator.

Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat juga merupakan cara terbaik untuk turun ke akar umbi koperasi bagi menyelami masalah yang dialami oleh koperasi dan dapat menerapkan eleman setempat untuk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Garis Panduan, Aturan dan lain-lain peraturan.

Pendekatan Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat ialah membantu koperasi ke arah penambahbaikan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran dengan kaedah yang bersesuaian dengan koperasi dalam keadaan semasa. Selain itu, Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan salah satu fungsi yang telah ditetapkan dalam Akta IKMa dan perlu diketengahkan selaras dengan perkembangan dan perubahan gerakan koperasi masa kini.

Bidang Yang Ditawarkan

Berdasarkan kepada perkembangan gerakan koperasi semasa berasaskan kepada fungsi koperasi maka didapati terdapat kepelbagaian aktiviti koperasi seperti kredit dan perbankan, pertanian, pembangunan harta tanah, pelancongan, pengangkutan, kesihatan, peruncitan dan sebagainya.

Dalam melaksanakan perniagaan koperasi mengikut aktiviti di atas, mungkin pihak koperasi menghadapi halangan dan masalah untuk merealisasikan objektif setiap aktiviti tersebut. Oleh itu pihak Pusat Konsultasi Koperasi menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut:

  • Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
  • Perakaunan dan  Kewangan Koperasi
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Perniagaan Koperasi (Rancangan Perniagaan)
  • Perancangan Strategik

Carta Alir Permohonan

carta alir permohonan

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut: -

PUSAT PENYELIDIKAN & KONSULTASI
Institut Koperasi Malaysia
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya

 03-7964 9000    03-7954 3957 
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?