soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
selamat-datang
buku-latihan
mas-kop
sijil-eksekutif
banner-ukkm
raya
SELAMATDATANG-min.jpeg
buku latihan.jpg
BANNER PORTAL maskop 2024 (2).jpg
sijil eksekutif (1).jpg
UKKM (1).jpg
raya.jpeg
previous arrow
next arrow
  • KURSUS WAJIB
    Kursus ini sangat penting untuk membolehkan Lembaga memahami konsep koperasi serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan. Berikut adalah senarai Kursus Wajib iaitu :
  • KHIDMAT NASIHAT
    Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan pendidikan secara tidak formal yang diterapkan oleh IKMa kepada koperasi dan koperator.
    Oleh itu, pihak Pusat Konsultasi Koperasi menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut :
    :: Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
    :: Perakaunan dan Kewangan Koperasi
    :: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
    :: Perniagaan Koperasi (Rancangan Perniagaan)
    :: Perancangan Strategik
  • PENYELIDIKAN
    Aktiviti penyelidikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan berasaskan pengetahuan yang ditawarkan dan menjalankan
    penyelidikan mengenai isu semasa yang relevan kepada gerakan koperasi di Malaysia.

    Pembudayaan penyelidikan secara lebih meluas penting bagi membawa inovasi serta mempertingkatkan kualiti pendidikan
    dan latihan yang diberikan oleh MKM serta mengeratkan hubungan di antara MKM dengan warga koperasi.

    Penyelidikan yang dijalankan ini adalah bagi memantapkan usaha MKM dalam menyediakan tenaga pakar
    dan para ilmuwan dalam pelbagai bidang berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi di Malaysia.

     
  • PROGRAM MTCP
    Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)

    MTCP memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia melalui penyediaan latihan dalam pelbagai bidang
    yang penting bagi pembangunan sesebuah negara seperti pentadbiran awam, tadbir urus yang baik, perkhidmatan kesihatan,
    pendidikan , pembangunan yang berterusan, pertanian, pembasmian kemiskinan, promosi pelaburan, ICT dan perbankan.

     
  • MiRiCLe
    Million Ringgit Coop League (MiRiCLe)

    Merupakan salah satu inisiatif Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dalam membantu koperasi kluster kecil dan sederhana
    yang berpotensi membangun dengan lebih terancang melalui tawaran nilai sebagai rakan solusi strategik koperasi.

     
  • program

    PROGRAM AKAN DATANG

    Institut Koperasi Malaysia (IKMa) menawarkan pelbagai jenis kursus,latihan
    serta bimbingan terbuka kepada Ahli Lembaga Koperasi, Koperator, usahawan koperasi serta individu yang berminat.

Mengenai PENDAPAT ANDA

Inisiatif yang telah disediakan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bagi menggalakkan anda sebagai rakyat Malaysia untuk menyumbangkan sebarang idea dan cadangan bagi membantu meningkatkan lagi mutu penyampaian dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IKMa.

Percambahan idea bernas yang terhasil melaluinya boleh diketengahkan bagi membantu merangka polisi dan dasar-dasar pembangunan yang khusus bagi menjamin kebajikan dan kesejahteraan umum serta setiap pihak berkepentingan di dalam sektor koperasi khususnya.

Mekanisma Pelaksanaan

Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan adalah:

  1. Borang Kajian Kepuasaan Pelanggan - Saluran input maklumbalas dan cadangan berkaitan Sektor Pembangunan Koperasi Bagi Pelaksanaan TN50 KPDNKK.
  2. Sistem Pengurusan Pelanggan Institut Koperasi Malaysia - Saluran input pertanyaan, maklumbalas dan cadangan mengenai Perkhidmatan Institut Koperasi Malaysia, dan Aduan mengenai koperasi.

Mendapat Pandangan Umum

TEMPOH SASARAN PESERTA BUTIRAN STATUS
1 Ogos 2017 - 31 Disember 2017 Orang Awam, Koperator Maklumbalas berkaitan kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan Kaunter IKMa (Kampus Induk Petaling Jaya) Telah tampat tempoh

Definisi Data Terbuka

Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat dan agensi Sektor Awam atau Swasta. Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan e-Kerajaan. Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat.

Untuk maklumat berkenaan dengan Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan.

Sila klik : Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 

Untuk maklumat lanjut sila layari : www.data.gov.my

Data IKM boleh diperoleh daripada www.data.gov.my - KPDNKK - Perincian Pencapaian Akademik IKMa 2016

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). IKMa sentiasa mengiktiraf penglibatan koperator dan juga awam bagi membolehkan ia meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Maklum Balas/Cadangan/Aduan, Undian, Emel dan Media Sosial IKMa iaitu Facebook dan Twitter.

Oleh yang demikian, IKMa amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  • Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan pihak yang lain.
  • Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  • Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  • Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  • Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  • DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) sama ada secara komersil atau sebaliknya.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang dibuat dalam ruangan e- Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e- Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
    Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Disediakan Oleh:

Unit Komunikasi Korporat
Institut Koperasi Malaysia

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?