Penubuhan Pusat Penyelidikan (CR) Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bertujuan mempertingkatkan aktiviti penyelidikan serta menjadikannya sebagai satu budaya yang berterusan dalam kalangan warga akademik IKMa. Melalui kegiatan penyelidikan ini, Pegawai Latihan IKMa dapat meningkatkan pengetahuan dan mendalami ilmu dalam pelbagai bidang berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi yang menjadi rujukan gerakan koperasi di Malaysia.
CR juga memainkan peranan aktif bagi menghasilkan bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai bentuk dan menyebarluaskan maklumat yang berkaitan untuk gerakan koperasi. CR bertanggungjawab menguruskan bahan penerbitan IKMa seperti Malaysia Journal Of Cooperative Studies (MJCS) , Buku Kisah Kejayaan Koperasi dan Monograf Penyelidikan.