soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:

Pengenalan

Sektor pemborongan dan peruncitan merupakan salah satu daripada enam (6) bidang keberhasilan yang diperkenalkan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN 2011-2020). Ia dilihat sebagai salah satu sektor yang dapat memberikan pulangan kepada perolehan sektor koperasi sebanyak RM50 bilion pada tahun 2020. Sehubungan itu, Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat DKN dalam menjana ekonomi dan pendapatan sektor koperasi menerusi penglibatan dalam bidang pemborongan dan peruncitan di samping membantu kerajaan menstabilkan harga barangan keperluan dan bekalan khusus di kawasan pekan kecil dan pedalaman.

Fungsi

Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa sentiasa progresif dalam menawarkan kursus-kursus yang berorientasikan kehendak dan keperluan semasa serta praktikal di bawah bidang ini seperti: Memberi pendedahan kepada koperasi tentang perniagaan pemborongan dan peruncitan Mengenal pasti jenis perniagaan pemborongan dan peruncitan yang diceburi Mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam perniagaan pemborongan dan peruncitan dalam koperasi Mengukuhkan aktiviti pemborongan dan peruncitan yang diceburi oleh koperasi Peranan utama Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa ialah melatih dan membimbing Anggota Lembaga Koperasi (ALK), tenaga kerja koperasi, para pegawai yang lia koperasi atau individu yang berminat dalam bidang berkaitan pemborongandan peruncitan.Dalam merangka kursus-kursus yang bermanfaat, Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa sentiasa bersikap proaktif dan terbuka terhadap isu dan perkembangan semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya agar seiring dengan era globalisasi masa kini.

Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa turut memberikan konsultasi kepada koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan di bawah bidang ini seperti pasar raya, kedai runcit, dobi, stesen minyak, dan francais. Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa juga terlibat dengan tailor made course atau knowledge-based activities bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA atau agensi-agensi kerajaan dan pihak kementerian di bawah bidang yang sama. Permodalan Nasional Berhad (PNS) merupakan salah satu contoh agensi yang telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan IKMa melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa dalam memberikan pendedahan berkaitan sistem perniagaan secara francais bagi menjamin kelangsungan produk koperasi di pasaran secara sistematik dan profesional. Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa turut menghasilkan penulisan berkaitan penyelidikan, kajian kes, jurnal dan sebagainya untuk diguna pakai dalam model simulasi sekaligus meningkatkan kompetensi dan tahap profesionalisme dalam kalangan kakitangan akademik dan juga koperasi sebagai panduan dalam menguruskan koperasi dengan lebih cekap.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Pemborongan dan Peruncitan
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

03 - 7964 9002    03 - 7957 0434
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook Rasmi Sektor Pemborongan & Peruncitan (SPP)
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?