soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Info Korporat Kemudahan di IKMa Perpustakaan

library

Unit Perkhidmatan Perpustakaan IKMa menyediakan pelbagai maklumat terutamanya koperasi dan pengurusan perniagaan yang terkini dan sesuai dengan keperluan pengguna.

Koleksi Koperasi

Pelbagai bahan seperti buku, jurnal, majalah, laporan tahunan, abstrak, indeks, akta, keratan akhbar, kertas kerja seminar dan bengkel, video dan cakera padat. Bahan-bahan ini adalah untuk bacaan, pinjaman dan penyelidikan. Koleksi ini terdiri dari bahan-bahan terbitan dalam dan luar negara.

Penggunaan Katalog Umum Atas Talian (OPAC)

Para pengguna boleh menggunakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) untuk melakukan pencarian bahan-bahan di perpustakaan dengan lebih efektif. Komputer khas disediakan untuk melakukan pencarian tersebut.

Bilik Siber

Bilik khas penggunaan internet untuk memberikan kemudahan kepada pengguna mengakses maklumat dengan lebih efektif selaras dengan piagam pelanggan kami untuk menyediakan kemudahan teknologi maklumat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kaunter perkhidmatan pelanggan perpustakaan di talian 03-79649080

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

Waktu Perpustakaan Dibuka:-

Isnin-Khamis Sabtu dan Ahad
8.00 pagi - 5.45 petang Tutup

Keahlian

Keahlian perpustakaan dibuka kepada pensyarah, kakitangan IKMa, peserta kursus jangka pendek IKMa serta penyelidik dari luar.

Jika memerlukan maklumat tertentu atau penyelidikan IKMa boleh membuat permohonan secara bertulis atau e-mel melalui pertubuhan masing-masing dan permohonan ini perlu mendapat kelulusan daripada Pustakawan.

Hanya individu yang telah berdaftar dengan perpustakaan sahaja boleh meminjam bahan koleksi perpustakaan. Mereka perlu membuat pendaftaran keahlian di kaunter sirkulasi perpustakaan IKMa.

Pinjaman bahan perpustakaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  • Pensyarah - 40 bahan 4 bulan 
  • Kakitangan - 20 bahan 1 bulan
  • Peserta kursus jangka pendek - 6 bahan mengikut hari berkursus

Sila layari Portal Perpustakaan Institut Koperasi Malaysia 

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?