soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:

Pengenalan

Bagi melebarkan lagi sayap Institut Koperasi Malaysia (IKMa) pada bulan September 1998 IKMa Zon Sarawak ditubuhkan bertempat di bandar raya Kuching, Sarawak. Pada awalnya IKMa Zon Sarawak beroperasi dengan menyewa Bangunan Tabung Haji, Jalan Satok. Inisiatif pembukaan cawangan ini atas kesedaran untuk meningkatkan pemahaman terhadap ilmu perkoperasian di kalangan koperator di Sarawak.

Pada tahun 2001, IKMa Zon Sarawak telah berpindah ke pejabat baru yang lebih selesa iaitu di Bangunan Amfinance, Jalan Haji Taha, Kuching. Sejak itu, IKMa Zon Sarawak mula bergiat lebih aktif dalam melaksanakan kursus-kursus yang bersesuaian dan relevan kepada gerakan koperasi di seluruh negeri Sarawak selaras dengan perkembangan semasa. Pada bulan Oktober 2006, IKMa Zon Sarawak telah berpindah sekali lagi ke bangunan baru, iaitu Bangunan Rugayah di Jalan Song Thian Cheok, Kuching. Perpindahan ke bangunan baru ini memberi lebih keselesaan kepada koperator-koperator yang datang berkursus di IKMa Zon Sarawak.

Pada Bulan 1 Jun 2018 IKMa Zon Sarawak telah berpindah ke bangunan baru iaitu Wisma Sego, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya Kuching. Perpindahan kali ini, memberi lebih keselesaan kepada koperator yang datang berkursus di IKMa Zon Sarawak. Kemudahan seperti Bilik Kuliah yang luas, Makmal Komputer yang lengkap, Perpustakaan yang mempunyai bahan rujukan koperasi yang banyak, dewan serbaguna, ruang makan yang selesa serta tempat letak kereta yang mencukupi menjamin IKMa Zon Sarawak bukan sahaja menawarkan ilmu yang boleh dimanafaatkan malah IKM Zon Sarawak juga menawarkan ruang pembelajaran yang kondusif.

Kemudahan

Kemudahan-Kemudahan di IKMa Zon Sarawak

Bilik Kuliah Gading dan Bilik Kuliah Santubong

IKMa Sarawak dilengkapkan dengan dua buah bilik kuliah yang diberi nama Bilik Kuliah Gading dan Bilik Kuliah Santubong. Bilik Kuliah Gading dan Bilik Kuliah Santubong  terletak di Tingkat 1.

Bilik kuliah dan dewan ini dilengkapi dengan sistem pandang dengar terkini, sistem suara, mikrofon, LCD projektor, skrin dan juga papan putih bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran peserta kursus.

Bilik kuliah Gading ini boleh memuatkan lebih kurang 48 orang  manakala Bilik Kuliah Santubong pula boleh memuatkan 57 Orang peserta pada satu masa. Dewan Tama Abu pula merupakan dewan serbaguna yang boleh memuatkan seramai 160 orang peserta pada satu-satu masa. Pihak luar boleh menyewa kemudahan ini sekiranya tiada kursus dijalankan pada masa tersebut dengan kadar seperti jadual dibawah:

Kadar Sewaan Kemudahan IKMa Zon Sarawak: 

 

BILIK SERAPI / MAKMAL KOMPUTER

(32 PAX)

BILIK KULIAH GADING

(48 PAX)

BILIK KULIAH SANTUBONG

(57 PAX)

DEWAN TAMA ABU

(160 PAX)

Kadar Bayaran  RM450 Per hari  RM300 Per Hari  RM350 Per hari  RM500 Per Hari

 

Bilik Serapi / Makmal Komputer

BILIKSERAPI1  BILIKSERAPI2 

Bilik Serapi atau Makmal komputer yang berhawa dingin  yang dilengkapi dengan 31 buah komputer sistem multimedia, berkuasa Core i5 2.8ghz, 4gb Ram , windows 7 & 10, DVD-Writer dan speaker beserta kemudahan Internet untuk kegunaan peserta yang menghadiri kursus komputer. Selain untuk kegunaan semasa kursus, kemudahan ini juga boleh disewa oleh pihak luar dengan kadar yang berpatutan seperti yang di nyatakan di dalam jadual di atas.

 

Bilik Kuliah Gading dan Bilik Kuliah Santubong

 

BILIKKULIAHGADING1  BILIKKULIAHGADING2 
BILIKKULIAHGADING2  BILIKKULIAHGADING2 

 

 

Perpustakaan Mulu

 

library

IKMa Zon Sarawak juga menyediakan sebuah Perpustakaan Mini yang dilengkapi dengan pelbagai koleksi buku seperti buku perniagaan, pengurusan, perakaunan, motivasi, teknologi maklumat, keagamaan dan buku yang berkaitan dengan koperasi. Selain itu perpustakaan ini juga dilengkapi dengan koleksi hasil penyelidikan koperasi yang boleh dijadikan bahan rujukan kepada orang ramai. Selain daripada bahan rujukan ilmiah, perpustaan mini ini juga mempunyai koleksi bahan bacaan fiksyen untuk bacaan umum. Kemudahan ini bukan sahaja untuk kegunaan kakitangan IKMa Zon Sarawak, malah ia juga dibuka untuk kegunaan para peserta kursus semasa tempoh berkursus di IKMa Zon Sarawak. Perpustakaan ini dikawal-selia oleh Pembantu Tadbir bagi tujuan rekod pinjaman dan pemulangan buku-buku.

 

Dewan Makan Pueh

DEWANMAKANPUEH1   DEWANMAKANPUEH2

IKMa Zon Sarawak turut menyediakan fasiliti dewan makan yang boleh memauatkan seramai 64 orang peserta dalam satu-satu masa. ini bagi memberi lebih keselesaan kepada peserta semasa waktu rehat.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak
P.O BOX 00241 Tingkat 9, Aeon Tower, ICOM Square,
Jalan Pending, 93450
Kuching, SARAWAK
 
Telefon : 082-552408
               082-331407
               082-552405
 
 Fax     :  082-364906

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook Rasmi Zon Sarawak
Peta Lokasi
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?